Alfafa Complex Promosi untuk Januari 2014

5:10 PM

Assalamualaikum..


Mungkin agak lewat Eina update tentang promo untuk bulan Januari 2014 ni kan. Pasti semua sudah tahu Shaklee promo untuk bulan ni ialah Alfafa Complex. Wowww...sebut je Alfafa pasti ramai yang suka...sebab banyak khasiat dalam Alfafa ni.


Alfafa  merupakan raja segala tumbuhan, kerana ia sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ia membekalkan nutrisi yang mana kebanyakannya tidak terdapat di dalam buah-buahan mahupun sayuran. Ia kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

Alfafa telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan telah dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Tahukah anda 10biji Alfafa menyediakan nutrisi yang menyamai segelas susu.

Perbezaan Shaklee

Tidak semua alfalfa adalah sama yer. Alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tidak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pestisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia

Alfafa Complex dari Shaklee ni sangat istimewa, kerana ia diperbuat daripada tanaman Alfafa (Medicago Sativa) secara organic di California yang bebas pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.  Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tunbuhan Alfafa. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.

Daun Alfafa dari Shaklee hanya dituai apabila telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun Alfafa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung didalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting akan dilupuskan. Kemudian daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg Alfafa.

TAHUKAH ANDA???


Alfafa KAYA dengan PROTIN

>> Mengandungi 18.9% berbanding DAGING LEMBU

>> Mengandungi 13.1% berbanding TELUR

>> Mengandungi 3.3% berbanding SUSU

Kandungan Vitamin Yang Terdapat Dalam Alfalfa

Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

Alfafa Complex juga membantu:-
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita)
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat athma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan (untuk wanita)
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
  • Bertindak seperti kacip fatimah (untuk wanita)
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit
  • Membuang angin dalam badan
  • Pembersih badan dalaman yang hebat
  • Melarang pembiakan kuman
  • Meningkatkan kebersihan dan kesihatan mulut
  • Meringankan bisa dalam hati
  • Meringankan masalah sengal dan sakit sendi
  • Meringankan masalah kencing manis
  • Baik untuk Ulser
  • Baik untuk jantung
  • Sihat bagi bayi yang baru dilahirkan (bayi yang terkena jaundice adalah tidak digalakkan)
  • Pengedaran haid yang baik (untuk wanita)
  • Meningkatkan kandungan susu bagi ibu yang melahirkan anak
  • Menurunkan kadar asid dalam badan
  • Mengekalkan pengedaran darah yang sihat
  • Mengurangkan bengkak dalam pundi-pundi kencing
  • Sejenis minuman kesihatan yang berkhasiat
  • Membuka selera makan
  • Membantu untuk tidur
  • Mengurangkan sembelit
  • Mengurangkan rasa letih dan lesu
  • Meringankan masalah urat timbul (Varicose viens)
Jadi, siapa yang perlukan Alfafa ni? 

Jika anda sering berasa letih, pening-pening, badan berbau, menghadapi masalah penghadaman..itu bermakna banyak toksin di dalam badan anda. Jadi anda amat memerlukan Alfafa Complex sebagai medium pembuangan toksin di dalam badan anda. Bagi ibu yang menyusukan bayi, Alfafa juga dikenali sebagai agen “milk booster” anda yang lama digunakan di benua Amerika. Alfafa bukan sahaja sesuai untuk perempuan, lelaki juga boleh mengambilnya yer. 

Jika anda memerlukan Alfafa, dapatkan Alfafa Complex terbaik dari Shaklee. 



“ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)