Punca-Punca Masalah Kesuburan

2:18 PM

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana gaya hidup kita mungkin menyebabkan masalah ketidaksuburan. Ramai pasangan diluar sana yang menghadapai masalah kesuburan tetapi tidak mengamalkan cara diet yang sihat sebagai persediaan untuk menimang cahayamata.

Bagi banyak pasangan, perancangan keluarga pada alaf baru ini memerlukan pertimbangan yang teliti. Terdapat banyak pertimbangan yang terlintas di fikiran setiap pasangan apabila mereka berfikir untuk menambahkan ahli keluarga mereka. Mungkin ini adalah salah satu sebabnya kadar kesuburan ternyata menurun.

Di sebaliknya, terdapat pasangan-pasangan yang telah mencuba sedaya upaya untuk menimang anak tetapi gagal. Pada umumnya, ketidaksuburan merujuk kepada kegagalan untuk hamil setelah mencuba selama satu tahun. Kes ini merupakan salah satu cabaran bagi pasangan dari segi fizikal, emosi dan kewangan.


masalah kesuburan


Mengesan masalah ketidaksuburan
Ketidaksuburan boleh disebabkan oleh kedua-dua pasangan suami dan isteri.

Kedua-dua lelaki dan wanita memainkan peranan yang penting dalam masalah kesuburan; justeru itu, jikalau anda dan pasangan anda sedang merancang untuk menimang cahaya mata, ia adalah sama penting bahawa kedua-dua pihak bersiap sedia untuk kehamilan tersebut.

Perubahan gaya hidup yang mudah mungkin terbukti membantu dalam mengurangkan risiko ketidaksuburan anda dan pasangan anda. Namun, jika anda masih menghadapi masalah untuk hamil, adalah sangat penting untuk berjumpa doktor anda yang boleh memperkenalkan anda intervensi perubatan yang lain untuk merawat masalah ketidaksuburan

masalah kesuburan

Ketidaksuburan juga boleh terjadi akibat situasi yang kita hadapi setiap hari, ini antara punca terjadinya masalah kesuburan :-

1. Diet yang tidak sihat

a) Lemak tepu
>>> Pengambilan lemak tepu secara berlebihan boleh mengurangkan aliran darah ke organ-organ pembiakan yang boleh menyebabkan gangguan dalam kitaran haid di kalangan wanita, dan penurunan dalam pengeluaran sperma pada lelaki

b) Kafein>>> Pengambilan kafein secara sederhana tidak menyebabkan ketidaksuburan atau kemandulan. Walau bagaimanapun, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan pengeluaran hormone tertentu yang boleh menjejaskan ovulasi

c) Alkohol
>>> Walaupun pengambilan alcohol secara sederhana boleh meningkatkan peredaran darah ke organ-organ pembiakan, pengambilan alcohol yang berlebihan boleh menganggu dengan ovulasi secara negatif dan membawa kepada kemandulan. Dalam lelaki, kemungkinan berlaku kekurangan dalam penghasilan hormon dan ini boleh mengakibatkan kualiti sperma dan keinginan seks yang rendah.

2. Tekanan

Kajian menunjukkan bahawa kesan-kesan tekanan tidak boleh diabaikan. Otak manusia menghasilkan molekul khas yang boleh berinteraksi dengan setiap sel tubuh, termasuk system imun. Mengikut pandangan ini, minda dan badan adalah penting, dan tekanan boleh mempunyai yang negatif terhadap kesuburan

3. Umur

Umur wanita adalah penting apabila mempertimbangkan kebarangkalian untuk hamil. Kadar ketidaksuburan yang meningkat dengan penuaan didokumenkan dengan baik dan jelas di dalam masyarakat kita. Untuk wanita yang lambat melahirkan anak, kuantiti dan kualiti telur berkurang dan pasangan mungkin memerlukan rawatan canggih seperti persenyawaan in vitro.

Artikel ini dikongsikan oleh Dr H Krishna Kumar, Pakar Perunding dan Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi dan Presiden Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia (OGSM) di dalam naskah Pengasuhan Positif

Untuk mengetahui vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk masalah kesuburan, lihat di sini

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)