Fakta Ovarian Cyst & Fibroid yang Anda Perlu Tahu

8:30 AM

Assalamualaikum..kali ni saya ingin kongsikan beberapa fakta tentang Ovarian Cyst & Fibroid. Rasanya semua sudah sedia maklum, kedua-dua penyakit ini kebiasaannya terjadi pada kaum wanita. Apa vitamin Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah ini. Nanti saya kongsikan pada entry akan datang yer. Sebelum tu, mari kita baca fakta-fakta tentang kedua-dua penyakit ini.

Ovarian Cyst

ovarian cyst

1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.

2. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.

3. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.

4. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.

5. Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.

6. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.

7. Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.

8. Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.

9. Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.

10. Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.

11. Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.

12. Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.

13. Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.

14. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.

15. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.

16. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.

17. Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun
Fibroid 


fibroid


1. Mengikut kajian, ketumbuhan fibroid dialami oleh 40% kaum wanita tetapi cuma 20% dari golongan ini yang betul betul memerlukan rawatan.

2. Sekiranya ada ahli keluarga terdekat anda mengidap fibroid, risiko anda untuk mendapat fibroid adalah 3 kali ganda lebih tinggi.

3. Tumbesaran fibroid bergantung sepenuhnya kepada hormon estrogen yang dirembeskan dengan banyak selepas puberti. Jadi ia tidak pernah tidak pernah dikesan pada kanak kanak dan saiz fibroid mengecut selepas menopos disebabkan kekurangan estrogen.

4. Fibroid membesar semasa hamil disebabkan rembesan hormon estrogen yang tinggi yang dikeluarkan oleh uri. Walaubagaimanapun ia bukan alasan untuk pembedahan cesarean. Kebanyakan dari wanita berfibroid masih boleh bersalin secara normal.

5. Gejala yang kerap dikaitkan dengan fibroid adalah aliran haid yang banyak dan sengugut.

6. Anemia adalah salah satu komplikasi serius fibroid

7. 80% wanita yang mengidap fibroid tidak mempunyai sebarang gejala. Diagnosa selalunya dibuat secara tidak sengaja.

8. Keterukkan gejala fibroid tidak berkait secara langsung dengan saiz atau bilangan fibroid tetapi tempat pada rahim dimana ia tumbuh.

9. Fibroid adalah di antara sebab utama Histerektomi iaitu pembedahan buang rahim.

10. Diagnosa fibroid dengan senang boleh dibuat dengan mengunakan mesin ultrasound

Sumber: alamhamil.com - ovarian cyst
              alamhamil.com - fibroid



You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi baca tulisan Eina & terima kasih atas komen anda :)