Thursday, 27 June 2013

Persiapan Untuk Ramadan Bersama Bayi Anda

Bulan Ramadan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Berpuasa di bulan ini adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Berpuasa ketika Ramadan adalah wajib bagi semua warga Muslim.

Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi boleh dikecualikan daripada kewajipan berpuasa jika mereka merasakan ia akan menjejaskan kesihatan diri atau kesihatan bayi. Namun, si ibu perlu menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada hari yang lain atau membayar fidyah kerana tidak tidak berpuasa.

Badan kita mempunyai satu mekanisme regulasi semulajadi yang akan diaktifkan semasa berpuasa. Lemak badan akan digunakan sepenuhnya dan kadar metabolisme asas menjadi perlahan semasa puasa Ramadan. Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara dalam kandungan makronutrien susu ibu semasa berpuasa dan justeru itu tiada kesan ke atas pertumbuhan bayi.


Tip-tip penyusuan bayi pada bulan Ramadan

Perbezaan yang paling ketara pada bulan Ramadan adalah waktu makan. Bagi ibu-ibu yang biasa makan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, mereka pula harus makan ketika sahur dan selepas berbuka puasa. Kami telah menyenaraikan beberapa petua yang praktikal supaya anda boleh mengikuti untuk membekalkan pemakanan seimbang yang optimum untuk diri anda dan anak anda pada bulan Ramadan.

1. Banyakkan pengambilan cecair ketika bersahur dan berbuka puasa
Semasa berpuasa, cecair dalam badan akan berkurangan sebanyak 2-3%. Badan kita akan menyesuaikan diri dengan mengurangkan pengeluaran peluh dan air kencing. Minumlah air (bukan air berkarbonat) yang mencukupi, terutamanya pada waktu pagi sebelum anda teruskan untuk berpuasa. Ini membantu untuk mengelakkan dehidrasi

2. Makanlah diet yang seimbang
Makan makanan yang bekhasiat pada waktu sahur dan iftar adalah penting. Cuba masukkan makanan berikut dalam perancangan makan anda
~ Daging dan kekacang adalah sumber protein, mineral dan vitamin-vitamin tertentu yang baik. Kekacang juga adalah sumber serat yang baik.
~ Roti gandum penuh, bijirin oat atau nasi adalah sumber karbohidrat kompleks yang baik dan membantu menyuburkan badan anda dengan tenaga, protein, mineral dan serat.
~ Buah-buahan segar, jus dan sup sayur-sayuran membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan
~ Susu dan produk tenusu adalah sumber protein dan kalsium yang baik yang diperlukan untuk pengekalan tisu badan dan untuk beberapa fungsi fisiologi yang lain

Nota:-
Keperluan langsung badan pada waktu iftar adalah untuk mendapatkan tenaga segera untuk kefungsian badan. Jangan lupa untuk mengambil buah kurma kerana ia adalah sumber gula yang baik. Kira-kira 3-4 biji kurma adalah mencukupi untuk mengembalikan tahap gula dalam darah yang rendah kepada paras yang normal.

3. Rehat secukupnya
~ Penghasilan susu tidak akan terjejas selagi anak masih menyusu
~ Anda boleh meningkatkan kekerapan sesi penyusuan pada waktu malam
~ Lakukan sesi pengeluaran susu yang kerap di tempat kerja untuk mengekalkan pengeluaran susu
~ Secara psikologi, kepercayaan bahawa susu ibu masih dihasilkan semasa berpuasa seharusnya kekal. Ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu.

>>>Tip Penting
Elakkan minuman berkafein seperti minuman berkarbonat, kopi atau teh. Selain bertindak sebagai diuretik, pengurangan kafein secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan sakit kepala, perubahan perasaan mood yang tidak stabil dan cepat marah

Sumber: Naskah Pegasuhan Positif


“Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”


Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529)
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Sebarang Kemusykilan, Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Order Disini




Subject:




Name:




Email Address:




Mobile No.:




Delivery Address:




Your Order(s): Item Name/Description




Qty




Others Contact:

SMS

Whatsapp

Viber

Facebook Messenger



Method of Payment:

Maybank (Cash Deposit)

Maybank (Internet Banking)

CIMB (Cash Deposit)

CIMB (Internet Banking)



Remarks:









Get your own free form like this one.





p/s:- Sila emailkan bukti pembayaran anda ke >>
inna.mdali@gmail.com

atau maklumkan kepada saya melalui SMS/Whatsapp ke >> 0192275759
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...